Thursday, 13 October 2016

Konsep Kejiranan

Salah satu daripada ajaran islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam masyarakat sekeliling. Hunungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.

Berdasarkan firman Surah al-Nisa '4:36 , agama mengajar dan menuntut supaya setiap penduduk dalam sesebuah kawasan perumahan atau kampung mesti mengenali antara satu sama lain.

Akhlak yang perlu dijaga terhadap jiran yang bukan Muslim adalah :

  • Menghormati jiran dan pengamalan mereka( kehidupan mereke) selagi tidak membawa mudarat
  • Tidak menyinggung perasaan jiran dan memerlihara keamanan dengan jiran
  • Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat
  • Membantu dan menolong mereka apabila berada dalam keadaan kesusahan
  • Memberikan layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka.

Hak-hak Jiran
  1. Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya.
  2. Jika ia meminta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepdanya.
  3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
  4. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.
  5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.
  6. Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.
  7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.
  8. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai keruamhnya kecuali dengan izinnya.
  9. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu.
  10. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.
  11. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelaj anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut

Konsep Hubungan Sesama Manusia

Ukhwuwah atau persaudaraan berasal daripada perkataan bahasa Arab,iaitu 'akhun', yang bermaksud saudara,kawan,teman atau sahabat. Melalui firman Allah di dalam Surah al-Hujurat 49:10, Tajul Ariffin (2014) berpendapat bahawa ukhuwah itu merangkumi perasaan kasih sayang dan cinta sesama umat islam . Menurut ukhuwah , wujudlah rasa untuk saling membantu, menasihati, memperingati dan bersikap bertolak ansur serta bermaaf-maafan sesama saudara.

KONSEP PERSAUDARAAN

*Setiap umat adalah bersaudara. Persaudaraan boleh terjadi melalui tiga cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah. 

*Kelahiran merujuk kepada orang yang berkongsi ayah dan ibu , iaitu saudara kandung. Persaudaraan juga boleh terjadi menerusi perkahwinan yang seterusnya ( ibu bapa) yang disebut sebagai keluarga tiri.

*Menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara susuan . Kesan daripada hubungan inilah , lahirnya ungkapan "saudaraku" atau wahai "saudaraku".

*Persaudaraan menurut akidah pula ialah persaudaraan atas perkongsian akidah.Hubungan sebegini disebut sebagai "saudara seagama" 

Untuk merealisasikan konsep persaudaraan dalam islam , perkara yang perlu dilaksanakan: 
1. Kasih sayang dan benci hanya kerana Allah SWT.
2. Mengutamakan orang lain.
3. Bekerjasama.
4. Perasaan belas kasihan.
5. Saling menasihati.
6. Saling membantu sesama Islam.
7. Saling bertanggungjawab.