Thursday, 13 October 2016

Konsep Hubungan Sesama Manusia

Ukhwuwah atau persaudaraan berasal daripada perkataan bahasa Arab,iaitu 'akhun', yang bermaksud saudara,kawan,teman atau sahabat. Melalui firman Allah di dalam Surah al-Hujurat 49:10, Tajul Ariffin (2014) berpendapat bahawa ukhuwah itu merangkumi perasaan kasih sayang dan cinta sesama umat islam . Menurut ukhuwah , wujudlah rasa untuk saling membantu, menasihati, memperingati dan bersikap bertolak ansur serta bermaaf-maafan sesama saudara.

KONSEP PERSAUDARAAN

*Setiap umat adalah bersaudara. Persaudaraan boleh terjadi melalui tiga cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah. 

*Kelahiran merujuk kepada orang yang berkongsi ayah dan ibu , iaitu saudara kandung. Persaudaraan juga boleh terjadi menerusi perkahwinan yang seterusnya ( ibu bapa) yang disebut sebagai keluarga tiri.

*Menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara susuan . Kesan daripada hubungan inilah , lahirnya ungkapan "saudaraku" atau wahai "saudaraku".

*Persaudaraan menurut akidah pula ialah persaudaraan atas perkongsian akidah.Hubungan sebegini disebut sebagai "saudara seagama" 

Untuk merealisasikan konsep persaudaraan dalam islam , perkara yang perlu dilaksanakan: 
1. Kasih sayang dan benci hanya kerana Allah SWT.
2. Mengutamakan orang lain.
3. Bekerjasama.
4. Perasaan belas kasihan.
5. Saling menasihati.
6. Saling membantu sesama Islam.
7. Saling bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment