Thursday, 13 October 2016

Konsep Kejiranan

Salah satu daripada ajaran islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam masyarakat sekeliling. Hunungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.

Berdasarkan firman Surah al-Nisa '4:36 , agama mengajar dan menuntut supaya setiap penduduk dalam sesebuah kawasan perumahan atau kampung mesti mengenali antara satu sama lain.

Akhlak yang perlu dijaga terhadap jiran yang bukan Muslim adalah :

  • Menghormati jiran dan pengamalan mereka( kehidupan mereke) selagi tidak membawa mudarat
  • Tidak menyinggung perasaan jiran dan memerlihara keamanan dengan jiran
  • Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat
  • Membantu dan menolong mereka apabila berada dalam keadaan kesusahan
  • Memberikan layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka.

Hak-hak Jiran
  1. Jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya.
  2. Jika ia meminta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepdanya.
  3. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
  4. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.
  5. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.
  6. Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.
  7. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.
  8. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai keruamhnya kecuali dengan izinnya.
  9. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu.
  10. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya.
  11. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelaj anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut

Konsep Hubungan Sesama Manusia

Ukhwuwah atau persaudaraan berasal daripada perkataan bahasa Arab,iaitu 'akhun', yang bermaksud saudara,kawan,teman atau sahabat. Melalui firman Allah di dalam Surah al-Hujurat 49:10, Tajul Ariffin (2014) berpendapat bahawa ukhuwah itu merangkumi perasaan kasih sayang dan cinta sesama umat islam . Menurut ukhuwah , wujudlah rasa untuk saling membantu, menasihati, memperingati dan bersikap bertolak ansur serta bermaaf-maafan sesama saudara.

KONSEP PERSAUDARAAN

*Setiap umat adalah bersaudara. Persaudaraan boleh terjadi melalui tiga cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah. 

*Kelahiran merujuk kepada orang yang berkongsi ayah dan ibu , iaitu saudara kandung. Persaudaraan juga boleh terjadi menerusi perkahwinan yang seterusnya ( ibu bapa) yang disebut sebagai keluarga tiri.

*Menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara susuan . Kesan daripada hubungan inilah , lahirnya ungkapan "saudaraku" atau wahai "saudaraku".

*Persaudaraan menurut akidah pula ialah persaudaraan atas perkongsian akidah.Hubungan sebegini disebut sebagai "saudara seagama" 

Untuk merealisasikan konsep persaudaraan dalam islam , perkara yang perlu dilaksanakan: 
1. Kasih sayang dan benci hanya kerana Allah SWT.
2. Mengutamakan orang lain.
3. Bekerjasama.
4. Perasaan belas kasihan.
5. Saling menasihati.
6. Saling membantu sesama Islam.
7. Saling bertanggungjawab.

Monday, 26 September 2016

Ciri-Ciri Siaran Hiburan Kepada Umum

📌 CIRI-CIRI SIARAN HIBURAN YANG BOLEH DISIARAKAN : 


👉 Lagu-lagu yang sesuai dengan cita rasa majoriti masyarakat Malaysia dan mencerminkan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
👉 Muzik, nyanyian, seni lakon dan seni tari yang membina watak dan peribadi manusia yang sihat, berbudi bahasa, cergas dan maju.




📌 CIRI-CIRI SIARAN HIBURAN YANG TIDAK BOLEH DISIARKAN :


👉 Tarian-tarian yang tidak sopan dan bertentangan dengan seni tari Malaysia.
👉 Seni kata yang mengghairahkan, tidak sopan, biadap dan lucah.
👉 Seni kata yang menggalakkan tingkah laku liar seperti kebebasan seks, penagihan dan penyalahgunaan dadah dan perbuatan ganas.
👉 Seni kata yang menghina agama, bangsa, dan yang menyinggung peribadi seseorang.
👉 Seni kata yanh mengagungkan negara-negara asing.
👉 Seni kata lagu yang mencemarkan penggunaan bahasa.
👉 Lagu-lagu yang tidak diluluskan untuk siaran oleh kementerian.
👉 Lagu yanh dinyanyikan atau ditulis atau digubah oleh seseorang artis yang telah terbukti melanggar tatatertib artis.

Ciri-Ciri Siaran Berita Kepada Umum

📎 Ciri-Ciri Siaran Berita Yang Boleh Disiarkan :



👉 Bersesuaian dan menyakinkan rakyat akan dasar dan rancangan-rancangan semasa negara.
👉 Semua liputan berita atau laporan kenyataan, fakta dan perangkaan yang digunakan adalah benar dan boleh dipertanggungjawabkan.
👉 Gambar-gambar orang ramai yang mencerminkan masyarakat berbilang kaum.
👉 "Gesture" asing yang boleh diterima oleh masyarakat malaysia yang membayangkan perasaan muhibah antara pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara luar.
👉 Aktiviti-aktiviti kerajaan dan agensi-agensinya.
👉 Peranan rakyat dalam proses pembentukan negara (nation building).




📎 Ciri-Ciri Siaran Berita Yang Tidak Boleh Disiarkan :



👉 Seberang kecaman terhadap peruntukan dalam AKta Hasutan 1948 (Disemak 1969) walaupun dibuat oleh wakil rakyat di parlimen.
👉 Mencemarkan nama baik seseorang individu atau pertubuhan sebagai yang terkandung dalam mana-mana undang bertulis.
👉 Menjejaskan imej kerajaan.
👉 Melibatkan keselematan negara sperti kegiatan anasir subversif, rusuhan kaum, tunjuk perasaan dan lain-lain kejadian yang menjejaskan ketenteraman awam.
👉 Menunjukkan pembukaan rumah berhala oleh pemimpin-pemimpin yang beragama Islam.
👉 Mengenai negara-negara lain yang memperkecilkan negara yang bersahabat dengan Malaysia.

Friday, 23 September 2016

Halangan-Halangan Dalam Proses Berkomunikasi

Beberapa perkara yang tidak disukai atau halangan dalam proses komunikasi iaitu:-

i. Sikap suka memaksa (ikrah)
Sikap suka memaksa tidak disenangi orang. Biasanya kita akan menjauhi peribadi yang suka memaksa orang lain mendengar kata-kata dia sahaja.

ii. Suka mengikut membabi buta (taklid) 
Taklid atau mengikut membabi buta adalah satu sikap negatif. Ia tidak membantu membina hubungan antara individu. 

iii. Mengikut perasaan (hawa) 
Sikap mengikut perasaan akan membawa hubungan yang buruk dengan oran lain. Orang yang suka mengikut perasaan tidak dapat mengawal emosinya. Contohnya sikap panas baran, suka mencarut, suka menyumpah, cepat melenting, memaki hamun orang lain dan lain-lain lagi.

iv. Berprasangka buruk terhadap orang lain (su’u zann)
Sebahagian daripada zann itu adalah dosa. (al-Hajurat ayat 12). Kita dilarang daripada berprasangka buruk terhadap orang lain. Sikap ini akan mencetuskan pergaduhan dan saling tidak percaya antara satu sama lain. 

v. Melebih-lebihkan cerita 
Sikap membesar-besarkan cerita menyebabkan kita hilang kredibiliti di mata orang lain.  

vi. Berbohong 
• Membesarkan cerita sejenis perbuatan berbohong. Satu lagi jenis berbohong ialah suka mengumpat. Mengumpat atau gosip adalah maklumat yang tidak disahkan kebenarannya. 
• Kebanyakan gosip mengandungi maklumat yang tidak sah. Akibatnya kita hilang kepercayaan terhadap orang yang suka bergosip. 

vii. Meremeh-remehkan perkara yang serius 
Ini melibatkan sudut pandangan yang berbeza antara orang yang mendengar dan orang yang bercakap. Sesuatu itu mungkin dianggap serius oleh kita tetapi remeh oleh orang lain. 

viii. Tidak menunjukkan minat
Sikap tidak menunjukkan minat terhadap orang yang bercakap akan membunuh perbualan itu sendiri. Ini menyebabkan kita tidak percaya kepada orang yang bercakap. Kita menjadi ragu, sama ada dia berminat mendengar kita bercakap atau berpura-pura sahaja. 

Prinsip-prinsip yang berkesan dalam berkomunikasi.

Komunikasi yang berkesan dapat mempengaruhi orang lain di samping mendapat keredhaan Allah S.W.T. Berikut adalah prinsip berkesan dalam komunikasi:

 i. Kefahaman 
Cara kita berkomunikasi dikatakan berkesan apabila orang memahami apa yang kita maksudkan. Kalau lain yang dimaksudkan, lain pula yang difahami, bererti komunikasi itu tidak berkesan.

ii. Keseronokan
Kadang-kadang komunikasi kita dengan orang lain berlaku kerana kita ingin mencapai keseronokan. Kita merasa gembira apabila berbual dengan seseorang. Orang lain pula merasa gembira dengan kita. Ini menimbulkan keseronokan antara kita dengan orang lain.

iii. Pengaruh ke atas sikap
Antara fungsi komunikasi adalah mempengaruhi sikap, nilai dan kepercayaan orang lain. Kita akan cuba mengubah sikap negatif orang lain. Sekiranya kita seorang pendakwah, kita akan cuba mengubah sikap orang yang kita dakwah. Kita mengharapkan sikap mereka berubah mengikut ajaran Islam. Begitu juga dalam mesyuarat, perbincangan, perundingan, kaunseling dan lain-lain. 

iv. Memperbaiki perhubungan 
Komunikasi juga berfungsi membaiki hubungan antara individu. Kesilapan kita ialah apabila tidak memahami mesej yang hendak disampaikan oleh orang lain. Akibatnya, muncullah berbagai-bagai kesilapan. Akan berlakulah pertengkaran, salah faham, tuduh menuduh, gangguan emosi dan lain-lain. 

v. Wujudnya tindakan susulan 
Komunikasi berkesan boleh melahirkan tindakan susulan selepas itu. Seorang jurujual akan berjaya apabila orang mula membeli apa yang dijualnya. Seorang guru matematik berjaya dalam komunikasinya apabila murid memahami apa yang diajarnya.

vi. Komunikasi mata 
Kemahiran menggunakan mata adalah sangat penting dalam komunikasi. Kita menggunakan mata untuk mendapat gambaran melalui penglihatan. Kita akan menilai melalui “first impression”. Penilaian ini akan disampaikan melalui perasaan yang disalurkan bersama pandangan. Komunikasi berkesan memerlukan anda memandang kepada pasangan anda berbicara selama 5 saat. Sikap ini memberi gambaran komitmen anda dalam menjalinkan hubungan. 

vii. Kedudukan tubuh dan pergerakan
Cara anda berdiri membayangkan diri anda sendiri. Bagi menambahkan keyakinan diri, anda perlu berdiri dalam keadaan positif, bersedia dan bertenaga. Anda hendaklah berdiri tegak dan tidak membongkok. Anda juga hendaklah mengadap ke hadapan orang yang anda bercakap. Pergerakan anda juga adalah natural dan tidak kaku.  

viii. Mimik muka dan air muka 
Mimik muka dan air muka sangat penting dalam proses komunikasi. Ia sebenarnya menggambarkan perasaan anda. Dalam hubungan interpersonal, senyuman anda adalah amat penting. Sama ada untuk mendekati seseorang atau anda didekati. Anda haruslah pandai menggunakan masa bila anda harus tersenyum. Senyuman akan membuatkan orang di sekitar anda merasa rapat dan mudah mesra dengan anda. 

ix. Keterampilan 
Keterampilan menentukan persepsi orang lain terhadap kita pada awal pertemuan. Keterampilan biasa dilihat pada pakaian kita. Kita hendaklah memilih pakaian yang sesuai pada setiap majlis yang kita hadiri. Pakaian anda menggambarkan keperibadian anda secara tidak langsung. Persepsi awal memainkan peranan penting dalam menentukan perhubungan yang selanjutnya. Ia adalah penghubung kepada sebuah perhubungan yang lebih baik atau lebih buruk. 

x. Suara 
Suara kita adalah aset penting dalam komunikasi. Ia boleh jadi menyebabkan orang lain terus minat pada kita atau terbantut. Suara kita menggambarkan kesungguhan, kesedihan, kegembiraan, kemarahan dan sebagainya. Anda boleh mengawal nada, sebutan dan lenggok suara. Anda hendaklah membuat sebutan dengan jelas, yakin dan menggunakan kepelbagaian nada suara dengan baik dan bijak. Suara yang bertenaga, lontaran suara dan vokal yang jelas dan nada yang penuh perasaan adalah asas suara yang baik. Ini juga menjadi asas kepada kepercayaan orang lain kepada kita. 

xi. Libatkan pendengar
Usah biarkan diri anda bercakap terus-terusan, menceritakan tentang diri anda tanpa mendengar pandangan orang lain. Anda hendaklah menunjukkan minat mendengar pandangan orang lain. 

xii. Menghiburkan 
Perbualan yang menghiburkan lebih diminati. Antara cara untuk menghiburkan ialah bercerita peristiwa lucu, pengalaman lucu, gurau senda dan usik mengusik. 

xiii. Mengenalpasti keistimewaan orang lain 
Sebelum anda melihat keistimewaan orang lain, terlebih dahulu kenali dan minat pada orang itu dahulu. Sekali sekala, susuli perbualan dengan memuji kebaikan dan keistimewaan yang ada pada kawan anda. 

xiv. Membawa topik perbualan yang anda mahir
Cara ini akan menambahkan keyakinan dan kepercayaan sahabat kepada anda. Berhati-hati dan jangan gembira sendiri dengan pengetahuan anda. Selang seli dengan pandangan orang lain. Hormati juga pandangan orang lain kepada anda.