i. Sikap suka memaksa (ikrah)
Sikap suka memaksa tidak disenangi orang. Biasanya kita akan
menjauhi peribadi yang suka memaksa orang lain mendengar kata-kata
dia sahaja.
ii. Suka mengikut membabi buta (taklid)
Taklid atau mengikut membabi buta adalah satu sikap negatif. Ia tidak
membantu membina hubungan antara individu.
iii. Mengikut perasaan (hawa)
Sikap mengikut perasaan akan membawa hubungan yang buruk dengan
oran lain. Orang yang suka mengikut perasaan tidak dapat mengawal
emosinya. Contohnya sikap panas baran, suka mencarut, suka
menyumpah, cepat melenting, memaki hamun orang lain dan lain-lain lagi.
iv. Berprasangka buruk terhadap orang lain (su’u zann)
Sebahagian daripada zann itu adalah dosa. (al-Hajurat ayat 12). Kita
dilarang daripada berprasangka buruk terhadap orang lain. Sikap ini akan
mencetuskan pergaduhan dan saling tidak percaya antara satu sama lain.
v. Melebih-lebihkan cerita
Sikap membesar-besarkan cerita menyebabkan kita hilang kredibiliti di
mata orang lain.
vi. Berbohong
• Membesarkan cerita sejenis perbuatan berbohong. Satu lagi jenis
berbohong ialah suka mengumpat. Mengumpat atau gosip adalah
maklumat yang tidak disahkan kebenarannya.
• Kebanyakan gosip mengandungi maklumat yang tidak sah. Akibatnya
kita hilang kepercayaan terhadap orang yang suka bergosip.
vii. Meremeh-remehkan perkara yang serius
Ini melibatkan sudut pandangan yang berbeza antara orang yang
mendengar dan orang yang bercakap. Sesuatu itu mungkin dianggap
serius oleh kita tetapi remeh oleh orang lain.
viii. Tidak menunjukkan minat
Sikap tidak menunjukkan minat terhadap orang yang bercakap akan
membunuh perbualan itu sendiri. Ini menyebabkan kita tidak percaya kepada orang yang bercakap. Kita menjadi ragu, sama ada dia berminat
mendengar kita bercakap atau berpura-pura sahaja.
No comments:
Post a Comment