Komunikasi yang berkesan dapat mempengaruhi orang lain di samping
mendapat keredhaan Allah S.W.T. Berikut adalah prinsip berkesan dalam
komunikasi:
i.
Kefahaman
Cara kita berkomunikasi dikatakan berkesan apabila orang memahami
apa yang kita maksudkan. Kalau lain yang dimaksudkan, lain pula yang
difahami, bererti komunikasi itu tidak berkesan.
ii.
Keseronokan
Kadang-kadang komunikasi kita dengan orang lain berlaku kerana kita
ingin mencapai keseronokan. Kita merasa gembira apabila berbual
dengan seseorang. Orang lain pula merasa gembira dengan kita. Ini
menimbulkan keseronokan antara kita dengan orang lain.
iii. P
engaruh ke atas sikap
Antara fungsi komunikasi adalah mempengaruhi sikap, nilai dan
kepercayaan orang lain. Kita akan cuba mengubah sikap negatif orang
lain. Sekiranya kita seorang pendakwah, kita akan cuba mengubah sikap
orang yang kita dakwah. Kita mengharapkan sikap mereka berubah
mengikut ajaran Islam. Begitu juga dalam mesyuarat, perbincangan,
perundingan, kaunseling dan lain-lain.
iv. Memperbaiki perhubungan
Komunikasi juga berfungsi membaiki hubungan antara individu.
Kesilapan kita ialah apabila tidak memahami mesej yang hendak
disampaikan oleh orang lain. Akibatnya, muncullah berbagai-bagai
kesilapan. Akan berlakulah pertengkaran, salah faham, tuduh menuduh,
gangguan emosi dan lain-lain.
v. Wujudnya tindakan susulan
Komunikasi berkesan boleh melahirkan tindakan susulan selepas itu.
Seorang jurujual akan berjaya apabila orang mula membeli apa yang
dijualnya. Seorang guru matematik berjaya dalam komunikasinya apabila
murid memahami apa yang diajarnya.
vi. Komunikasi mata
Kemahiran menggunakan mata adalah sangat penting dalam komunikasi.
Kita menggunakan mata untuk mendapat gambaran melalui penglihatan.
Kita akan menilai melalui โfirst impressionโ. Penilaian ini akan
disampaikan melalui perasaan yang disalurkan bersama pandangan.
Komunikasi berkesan memerlukan anda memandang kepada pasangan
anda berbicara selama 5 saat. Sikap ini memberi gambaran komitmen
anda dalam menjalinkan hubungan.
vii. Kedudukan tubuh dan pergerakan
Cara anda berdiri membayangkan diri anda sendiri. Bagi menambahkan
keyakinan diri, anda perlu berdiri dalam keadaan positif, bersedia dan
bertenaga. Anda hendaklah berdiri tegak dan tidak membongkok. Anda
juga hendaklah mengadap ke hadapan orang yang anda bercakap.
Pergerakan anda juga adalah natural dan tidak kaku.
viii. Mimik muka dan air muka
Mimik muka dan air muka sangat penting dalam proses komunikasi. Ia
sebenarnya menggambarkan perasaan anda. Dalam hubungan
interpersonal, senyuman anda adalah amat penting. Sama ada untuk
mendekati seseorang atau anda didekati. Anda haruslah pandai
menggunakan masa bila anda harus tersenyum. Senyuman akan
membuatkan orang di sekitar anda merasa rapat dan mudah mesra
dengan anda.
ix. Keterampilan
Keterampilan menentukan persepsi orang lain terhadap kita pada awal
pertemuan. Keterampilan biasa dilihat pada pakaian kita. Kita hendaklah
memilih pakaian yang sesuai pada setiap majlis yang kita hadiri. Pakaian
anda menggambarkan keperibadian anda secara tidak langsung.
Persepsi awal memainkan peranan penting dalam menentukan
perhubungan yang selanjutnya. Ia adalah penghubung kepada sebuah
perhubungan yang lebih baik atau lebih buruk.
x. Suara
Suara kita adalah aset penting dalam komunikasi. Ia boleh jadi
menyebabkan orang lain terus minat pada kita atau terbantut. Suara kita
menggambarkan kesungguhan, kesedihan, kegembiraan, kemarahan dan
sebagainya. Anda boleh mengawal nada, sebutan dan lenggok suara.
Anda hendaklah membuat sebutan dengan jelas, yakin dan menggunakan
kepelbagaian nada suara dengan baik dan bijak. Suara yang bertenaga,
lontaran suara dan vokal yang jelas dan nada yang penuh perasaan
adalah asas suara yang baik. Ini juga menjadi asas kepada kepercayaan
orang lain kepada kita.
xi. Libatkan pendengar
Usah biarkan diri anda bercakap terus-terusan, menceritakan tentang diri
anda tanpa mendengar pandangan orang lain. Anda hendaklah
menunjukkan minat mendengar pandangan orang lain.
xii. Menghiburkan
Perbualan yang menghiburkan lebih diminati. Antara cara untuk
menghiburkan ialah bercerita peristiwa lucu, pengalaman lucu, gurau
senda dan usik mengusik.
xiii. Mengenalpasti keistimewaan orang lain
Sebelum anda melihat keistimewaan orang lain, terlebih dahulu kenali dan
minat pada orang itu dahulu. Sekali sekala, susuli perbualan dengan
memuji kebaikan dan keistimewaan yang ada pada kawan anda.
xiv. Membawa topik perbualan yang anda mahir
Cara ini akan menambahkan keyakinan dan kepercayaan sahabat kepada
anda. Berhati-hati dan jangan gembira sendiri dengan pengetahuan
anda. Selang seli dengan pandangan orang lain. Hormati juga
pandangan orang lain kepada anda.