Terdapat perbezaan antara komunikasi-komunikasi pendekatan Islam dengan
konvensional iaitu:-
*Komunikasi Islam berasaskan nilai-nilai keagamaan yang bersumberkan AlQur’an
dan Hadis. Ini kerana segala sesuatu yang berhubung dengan proses
komunikasi, sama ada secara prinsip, kaedah, mesej, matlamat dan media
hendaklah berasaskan panduan wahyu dan sunnah Rasulullah S.A.W. Amalan
komunikasi ini dikira ibadat dalam kehidupan umat Islam.
*Komunikasi Konvensional hanya menitikberatkan soal-soal etika dalam
penyiaran dan komunikasi sahaja. Hukuman kepada pelanggaran etika bagi
komunikasi konvensional berlaku di dunia sahaja, sedangkan hukuman bagi
pelanggaran terhadap etika komunikasi secara Islam berlaku hingga akhirat
selagi ia tidak mendapat keampunan daripada Allah S.W.T.
Terdapat tiga (3) contoh komunikasi yang terdapat dalam Al-Qur’an, iaitu:
i. Komunikasi Allah S.W.T dengan malaikat dan para rasul
ii. Komunikasi para rasul dengan manusia
iii. Komunikasi sesama manusia.
Terdapat 12 prinsip yang perlu ada dalam komunikasi individu berdasarkan AlQur’an
iaitu:
i. Memulakan percakapan dengan ucapan “Assalamualaikum”
ii. Bercakap dengan lemah lembut (al-Taa ayat 43)
iii. Menggunakan perkataan yang baik (al-Isra’ ayat 53)
iv. Menyebut perkara yang baik-baik tentang diri rakan-rakan (Hadis Nabi)
v. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik (al-Nahl ayat 125)
vi. Bercakap benar (al-An’am ayat 152)
vii. Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tingkat kecerdasan
pendengar (Hadis Nabi);
viii. Berdialog dengan cara yang lebih baik (al-Nahl ayat 125)
ix. Menyebut perkara yang penting berulang kali (Sunnah Nabi)
x. Mengotakan apa yang dikata (al-Saf ayat 21)
xi. Mengambil kira pandangan dan fikiran orang lain (al-Imran ayat 159)
xii. Berdoa kepada Allah S.W.T jika memikul tanggungjawab komunikasi yang
besar (al-Taha ayat 25).
No comments:
Post a Comment