Wednesday, 14 September 2016

Definisi Komunikasi Dalam Islam

Komunikasi berasal dari perkataan Greek, iaitu communicare yang bermaksud menjadikan sesuatu itu milik bersama di mana penyampai menyampaikan sesuatu kepada pendengar, pendengar pula bertindak dengan memberi maklum balas yang bersesuaian.
Contoh-contoh aktiviti komunikasi ialah :

  • Bercakap
  • Mendengar, 
  • Menonton, 
  • Membaca
  • Menulis,
  • Berdo'a,
  • Menilai diri
Image result for KOMUNIKASI CARTOON
  • Mesej :-  Iaitu risalah atau nilai-nilai Islam, 
  • Cara   :-  Gaya bicara dan penggunaan bahasa (retorik). 


Komunikasi Islam adalah proses penyampaian mesej-mesej keislaman dengan menggunakan prinsip-prinsip komunikasi dalam Islam. Maka komunikasi Islam menekankan unsur seperti :
Mesej-mesej keislaman yang disampaikan dalam komunikasi Islam meliputi seluruh ajaran Islam, meliputi akidah (iman), syariah (Islam), dan akhlak (ihsan). Mesej-mesej keislaman yang disampaikan tersebut disebut sebagai dakwah. Dakwah adalah pekerjaan atau ucapan untuk mempengaruhi manusia mengikuti islam.

Dalam konteks komunikasi di masyarakat, ada 2 kata yang dirasakan perlu untuk dibicarakan di sini iaitu etika dan komunikasi. Kata etika dimaksudkan sebagai: 

(1) Himpunan asas-asas nilai atau moral. 
(2) Kumpulan asas / nilai yang berkenaan dengan akhlak,
(3) Nilai mengenai benar dan salah yang dianuti golongan atau masyarakat, 
(4) Nilai, kaedah atau ukuran tingkah laku yang baik.  

Etika menyentuh persoalan tata susila, tetapi ia tidak membuat seseorang lebih baik. etika hanya menunjukkan baik buruknya perbuatan seseorang.

Ketika etika dikaitkan dengan komunikasi, maka etika itu menjadi dasar pijakan dalam berkomunikasi. Etika memberikan landasan moral dalam membina tata susila terhadap semua sikap dan perilaku seseorang dalam komunikasi. Dengan demikian, tanpa etika komunikasi itu tidak beretika. 

Berdasarkan pengertian yang dikemukakan diatas, dapat disimpulkan bahawa etika komunikasi islam adalah tata cara berkomunikasi yang sesuai dengan standard nilai moral atau akhlak dalam menilai benar atau salah tingkah laku seseorang disampaikan dengan mengandungi unsur islami mengarahkan manusia kepada masalah dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment