Tujuan atau niat.
Hati
dan niat yang baik adalah kunci utama komunikasi. Dengan adanya niat yang baik
menjadikan setiap kata yang terucap memberikan kedamaian bagi orang yang
mendengarnya. Kerana itu, kesucian batin dari kedengkian dan kebencian menjadi
idaman bagi setiap orang.
Kesucian
batin dalam menjalani kehidupan ini begitu penting sehingga Nabi Muhammad SAW
selalu
memohon kepada Allah SWT:
"Ya Allah, limpahkanlah ketakwaan
kepada jiwaku, dan sucikanlah jiwaku, kerana Engkaulah sebaik-baik yang
mensucikannya dari noda. Engkaulah pemelihara jiwaku dengan segala kenikmatan,
dan Engkau pula penguasanya. "(HR. Muslim)
Niat
atau tujuan, walaupun jauh tersembunyi dalam hati, memainkan peranan penting
dalam segala urusan manusia. Kehendak yang baik tercermin dari tindakan yang
positif, sebagaimana kehendak yang buruk terpancar pada tindakan yang buruk.
Beliau
bersabda:
"Ketahuilah bahawa dalam jiwamu
terdapat segumpal daging. Apabila segumpal daging ini baik, maka seluruh jiwamu
akan baik. Dan apabila segumpal daging
ini rosak, maka seluruh jiwamu akan rosak. Ketahuilah, segumpal daging itu
adalah hati. "(HR. Bukhari dan Muslim).
Salah
satu alasan mengapa harus mempertimbangkan tujuan berkomunikasi adalah demi
kecekapan bagi potensi diri sendiri. Masa, tenaga, fikiran, dan ruang adalah
sebahagian daripada nikmat Allah yang wajib digunakan sebaik yang mungkin.
"Dua kenikmatan yang kebanyakan manusia
mensia-siakannya: kesihatan dan masa lapang." (HR. Bukhari)
Kerugian
besar apabila banyak berbicara tanpa mempunyai maksud yang jelas pasti dapat
dirasakan. Selalunya kebanyakan orang berkomunikasi hanya sekadar mengisi masa
lapang, tidak mempunyai matlamat yang jelas. Dengan
melakukan perancangan sebelum berkomunikasi bermaksud kita telah memegang kunci
kejayaan dalam hidup ini. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW berkata kepada Mu'adz
bin Jabal:
"Mahukah engkau aku ajarkan kunci
segala urusan?" Spontan
Mu'az menjawab: "sudah tentu mahu."
Beliau pun memegang lisannya dan berpesan: "Hendaklah
kamu menahan anggota tubuh yang satu ini." Ingin mengetahui lebih
jauh, Muaz kembali bertanya: "Wahai
Nabi Muhammad SAW, haruskah kita bertanggung jawab atas setiap ucapan
kita?" Mendengar pertanyaan ini, Beliau menjawab: "Betapa ruginya ibumu, hai Mu'adz. Adakah yang menyebabkan manusia
tersungkur dalam neraka selain tutur kata mereka sendiri? "(HR.
At-Tirmidzi).
No comments:
Post a Comment